Selangor bincang semakan semula enakmen berkaitan dakwah selepas penahanan Dr Asri

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih berbincang mengenai semakan semula enakmen yang memerlukan seseorang pendakwah Islam mendapatkan tauliah sebelum dibenarkan menyampaikan ceramah agama.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata semakan semula Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 sedang dibincangkan bagi mencari jalan terbaik bagi memastikan pentadbiran dan usaha dakwah Islam dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya kerajaan negeri akan melihat enakmen itu secara menyeluruh terutamanya daripada segi aspek kesan dan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran agama Islam di negeri Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan beberapa pihak supaya enakmen itu dikaji semula berikutan penangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad lepas.

Sebelum itu, Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini yang antara lain turut membincangkan isu penangkapan Mohd Asri serta kaedah terbaik menangani masalah pendakwah yang menyampaikan ajaran Islam tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa agama negeri.

Mesyuarat exco itu turut dihadiri oleh Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

Abdul Khalid berkata JAIS diminta memperjelaskan isu penangkapan Mohd Asri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ditanya sama ada semakan semula enakmen itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bermula Isnin ini, Abdul Khalid berkata ia tidak mungkin kerana memerlukan masa.

"Saya fikir kita tidak boleh membuat pindaan tanpa melakukan kajian terperinci dari semua aspek," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan