Perompak mati di tangan mangsanya

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang perompak tidak sempat membelanjakan habuan RM42 dan sebuah telefon bimbit kerana dia mati dirempuh mangsanya dengan kereta Perodua Myvi di penghujung sebuah lorong mati.

Insiden yang penuh dramatik itu berlaku pada pukul 10 malam Rabu ketika wanita itu sedang memandu di Jalan Setapak. Ketika itu, wanita itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.

Apabila mangsa berhenti di sebuah persimpangan berlampu isyarat, lelaki itu mendekatinya dan mendakwa mangsa telah melanggar motosikalnya.

Wanita itu, seorang eksekutif pemasaran, mempercayai dakwaan lelaki itu lalu berhenti di sebuah stesen minyak. Lelaki itu menuntut sejumlah wang sebagai bayaran ganti rugi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata wanita berusia 28 tahun itu menyerahkan RM42 iaitu jumlah wang yang ada padanya kepada lelaki itu.

Katanya, lelaki itu yang tidak puas hati dengan jumlah wang itu kemudiannya memaksa mangsa menyerahkan telefon bimbit kepadanya.

"Apabila dia enggan berbuat demikian, lelaki itu meragut beg tangannya dan melarikan diri dengan motosikal," katanya pada sidang akhbar semalam.

Drama itu tidak berakhir begitu sahaja kerana mangsa mula mengejar lelaki itu dengan keretanya.

ACP Zakaria berkata lelaki itu yang dipercayai kurang serasi dengan jalan di situ akhirnya menunggang sampai ke penghujung jalan di sebuah kelab golf berdekatan Taman Titiwangsa.

Lelaki itu memberhentikan motosikalnya secara tiba-tiba. Akibatnya, wanita itu gagal mengawal kenderaannya sekali gus merempuh lelaki itu ke pagar kelab golf tersebut.

"Dia mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepalanya," katanya sambil menambah siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau jenayah kerana rompakan.

Si mati dikenali sebagai C.Unnikrisnan, 29, dari Seremban.

ACP Zakaria berkata wanita terbabit akan membantu polis dalam siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan di mana mendatangkan kecederaan serius dan kematian kepada orang lain.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan