MCA tidak akan memanggil satu lagi EGM

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng tidak akan memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) seperti yang diminta oleh 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) minggu lepas bagi memberikan laluan untuk pemilihan baru parti.

Beliau berkata cadangan usul itu oleh kumpulan berkenaan adalah tidak berperlembagaan dan tidak dapat dijalankan mengikut pandangan ketua undang-undang baru parti itu Lim Hong San.

Biro undang-undang menyatakan pemilihan diadakan secara berperlembagaan setiap tiga tahun dan pemilihan tidak boleh dipaksa untuk diadakan kecuali perhimpunan agung itu menyingkirkan mana-mana pegawai parti dengan majoriti dua pertiga atau pada peringkat CC, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada mereka yang dipilih berhenti sebagai anggota dan anggota lain dalam tempoh tiga hari memilih salah seorang daripadanya untuk memanggil satu EGM bagi memilih CC yang baru.

"Seperti juga, perhimpunan agung tidak boleh memaksa atau mengarah mana-mana anggota CC meletak jawatan kecuali ia tertakluk di bawah Artikel 45.24 perlembagaan parti itu," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengenai cadangan kedua kumpulan itu untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dilakukan presiden selepas 10 Oktober, apabila parti itu mengadakan EGMnya, Wong berkata ia bertentangan dengan kuasa-kuasa yang diberikan kepada presiden untuk membuat atau menamatkan pelantikan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan