LIOW TOLAK TAWARAN SERTAI PELAN PERPADUAN

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai pernah ditawarkan menjadi sebahagian daripada pelan perdamaian lebih menyeluruh oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi beliau menolaknya, kata sumber dalaman parti itu kepada BERNAMA semalam.

Melalui pelan itu, Liow diberi ruang untuk mengekalkan kedudukan sebagai timbalan presiden, manakala Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula akan dilantik sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun, Liow menolak pelan itu pada saat-saat akhir dan mengambil keputusan untuk terus membuat desakan agar pemilihan baru diadakan bagi merungkai kebuntuan yang timbul hasil daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 12 Oktober lepas.

"Sejak beberapa hari lepas, Ong dan Liow mengadakan perbincangan melalui wakil masing-masing. Bagaimanapun, Liow tidak memberi sebarang keputusan.

"Ong menunggu di rumah beliau hingga tengah malam Isnin bersama wakilnya. Tapi, Liow tetap tidak muncul dan membuat keputusan untuk tidak menerima pelan perpaduan itu," kata sumber tersebut.

Sumber yang sama juga memberitahu, walaupun pelan perpaduan itu melibatkan semua pemimpin MCA, tetapi ditolak Liow dan kumpulannya.

Sumber yang sama juga berkata, dalam melaksanakan pelan itu dan bagi menenuhi selera kebanyakan kumpulan dalam parti berkenaan, tidak semua penyokong Dr Chua dilantik sebagai penyandang jawatan.

"Contohnya, tidak semua tiga anggota jawatankuasa pusat secara lantikan yang dilantik oleh Ong semalam adalah orang Dr Chua.

"Jika dilihat betul-betul, hanya anak lelakinya Chua Tee Yong, adalah dari kem Dr Chua. Yang lain seperti Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya lebih condong kepada bekas setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan, manakala Datuk Donald Lim pula tidak memihak kepada sesiapa," kata sumber itu lagi.

Bekas naib presiden MCA, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata, walaupun tidak syak lagi keadaan yang wujud sekarang sungguh membimbangkan MCA, tetapi anggota parti itu perlu memberi peluang kepada Ong dan Dr Chua untuk bekerjasama dan melaksanakan pelan perpaduan yang lebih menyeluruh.

"Sama ada EGM diadakan atau tidak, yang penting, pelan itu perlu mendapat sokongan anggota perwakilan. Oleh itu, pada EGM akan datang, pelan itu perlu diluluskan oleh anggota perwakilan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan