Laporan PAC berhubung isu PKFZ bukti ketelusan kerajaan - Ong

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat gembira dengan hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kelemahan dan kesalahan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana ia membuktikan ketelusan kerajaan menangani isu berkenaan.

Beliau berkata pendedahan berkenaan jelas menunjukkan kerajaan benar-benar telus berhubung isu tersebut dan tidak berniat untuk menyembunyikan sebarang kelemahan.

"Saya tidak berhak untuk mengatakan sama ada saya gembira atau tidak, (berhubung hasil siasatan) tapi dari satu sudut saya gembira bila kita bercakap mengenai ketelusan serta akauntabiliti kerana kerajaan sedang melakukannya... itu yang penting," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke stesen LRT Bangsar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan PAC semalam berhubung siasatan mereka terhadap PKFZ.

PAC di dalam laporannya mengenai PKFZ mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang membabitkan isu pecah amanah.

Menurut laporan itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Ditanya sama ada beliau menyokong saranan PAC supaya siasatan dijalankan keatas dua individu berkenaan, beliau berkata: "Ini bukan isu sama ada saya suka ataupun saya sokong, tapi anda boleh lihat berdasarkan tindakan saya, anda patut tahu di mana kedudukan komitmen saya."

PAC menjalankan pemeriksaan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas isu berhubung dengannya menjadi topik perbualan umum kerana kos projek itu melambung daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Jawatankuasa itu telah bersidang mulai 11 Jun 2009 hingga 3 September 2009 bagi menemuramah saksi-saksi yang berkenaan termasuk Ong dan dua bekas menteri yang memegang portfolio berkenaan iaitu Tun Dr Ling Liong Sik dan Chan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Kementerian Pengangkutan supaya menyediakan laporan terperinci berhubung bantahan pelbagai pihak mengenai peraturan mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom), beliau berkata kajian semula akan dibuat berhubung perkara berkenaan.

"Ya, kita akan kaji semula, kita peka kepada rintihan dan suara rakyat.

"Sebelum ini pernah juga saya komen mengenai perkara yang sama, saya kata memang elok (buat pemeriksaan bagi kereta berusia lebih 15 tahun), sebab kita nak selamat, tapi pada masa yang sama kita kena juga peka (suara rakyat)," katanya.

Katanya lagi pihak kementerian akan membuat kajian secara menyeluruh berhubung isu berkenaan.

"Cadangan ini akan tetap dikaji, iaitu dari segi bebanan kewangan dan satu lagi kesesuaian khasnya dari segi keselamatan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan