Kini PAC akan siasat peningkatan kos projek landasan berkembar

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas menjalankan siasatan ke atas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kini akan menumpukan perhatian ke atas Projek Landasan Kereta Api Berkembar Ipoh-Rawang yang kos pembinaannya telah mencecah RM1.14 bilion.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid mengesahkan, Projek Landasan Kereta Api Berkembar Ipoh-Rawang yang turut mendapat perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 memang akan disiasat oleh jawatankuasa tersebut.

“Saya sendiri akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Audit Negara untuk melihat kes mana yang perlu diberi keutamaan tetapi projek Landasan Berkembar Ipoh-Rawang adalah salah satu daripadanya,” ujar beliau.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, kos perbelanjaan projek berkenaan telah melebihi RM1 bilion daripada kos asal atas sebab-sebab kecuaian dan kegagalan kontraktor utama menyiapkannya mengikut jadual.

Kepada satu soalan mengapakah PAC memilih untuk menyiasat satu lagi kontrak kontroversi di bawah Kementerian Pengangkutan, Azmi menjawab ini tiada kaitan dengan mana-mana kementerian tetapi lebih kepada isu mana yang perlu diberikan perhatian utama.

“Masyarakat bertanyakan tentang perkara-perkara seperti ini dan tanggungjawab kami ialah untuk menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Sehingga Disember tahun lalu, kos pembinaan projek landasan berkembar itu telah meningkat dari RM1.43 bilion kepada RM5.77 bilion akibat tuntutan-tuntutan berlebihan yang tidak sepatutnya berlaku dan ditanggung oleh kerajaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan