Kedudukan Abd Rahman sebagai ketua bahagian akan diputuskan MT - Berita Semasa | mStar

Kedudukan Abd Rahman sebagai ketua bahagian akan diputuskan MT

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kedudukan anggota Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri sebagai Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Umno Selangor tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Abd Rahman kerana kuasa itu terletak pada MT.

Katanya Abd Rahman masih boleh menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun menghadapi tuduhan membuat tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin.

"Seseorang yang didakwa tidak semestinya bersalah dan dia (Abd Rahman) baru didakwa. Banyak kes di mahkamah akhirnya terbukti tidak bersalah. Ini bila didakwa kita memberi gambaran bahawa dia bersalah.

"Apapun saya tidak boleh komen apa-apa (tentang kedudukan beliau sebagai ketua bahagian). Biarlah pihak yang ada kuasa buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung pertama Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di sini semalam.

Ditanya bila mesyuarat MT akan diadakan bagi membincangkan kedudukan Abd Rahman, Noh berkata ia akan diputuskan kelak.

Kelmarin, Abd Rahman,44, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu Berjumlah RM80,000 yang dilakukan beliau antara 21 Jan dan 12 Feb tahun lepas semasa menyandang jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan