Jeffrey belum nyata hasrat kembali semula ke PBS, kata Pairin

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang meletak jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lepas, belum melahirkan hasrat untuk kembali semula ke dalam Parti Bersatu Sabah (PBs), kata Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

"Dia belum menghubungi saya atau manamana pemimpin mengenai perkara itu," kata Pairin ketika mengulas peletakan jawatan oleh adiknya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

"Dia belum membuat ketetapan lagi. Setahu kami, dia masih ahli PKR," katanya kepada pemberita semasa melawat Pelabuhan Kontena Teluk Sepangar, dekat sini, hari ini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun berkata sekiranya Jeffrey ingin menyertai semula PBS, majlis tertinggi parti akan membuat penilaian terhadap permohonan keahliannya.

Jeffrey melepaskan semua jawatan dalam PKR pada 27 Okt lepas atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak 2007.

Dia juga membuat keputusan drastik tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan kepimpinan PKR pusat melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Bagaimanapun, Jeffrey masih menjadi ketua bahagian PKR Keningau.

Selain Jeffrey, Christina Liew juga melepaskan jawatannya sebagai ahli MT PKR tetapi masih memegang jawatan Ketua Bahagian Kota Kinabalu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan