Dr Pornthip akan hadir pada proses bedah siasat kedua Teoh

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand hari ini berkata bahawa beliau akan hadir pada proses bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang Teoh Beng Hock walaupun dilarang mengendalikan autopsi itu secara sendiri.

Katanya beliau dimaklumkan oleh peguam keluarga mendiang dan seorang pegawai kerajaan negeri Selangor mengenai keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

"Saya diberitahu proses bedah siasat kemungkinan akan dijalankan Sabtu depan tetapi saya hanya sebagai pemerhati kerana implikasi undang-undang," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya beliau sedar hakikat bahawa beliau tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses bedah siasat.

Menurutnya beliau telah membangkitkan perkara itu Julai lepas apabila kerajaan negeri Selangor menghubunginya untuk menjalankan bedah siasat ke atas mayat mendiang Teoh.

"Saya tidak pergi ketika itu kerana keluarga mendiang tidak membenarkan saya menjalankan bedah siasat itu. Tetapi saya dijemput memberi keterangan dalam inkues," kata Dr Pornthip, yang juga Ketua Pengarah Pusat Institut Sains Forensik, Kementerian Kehakiman Thailand.

Ditanya sama ada beliau dapat membuat kesimpulan punca kematian Teoh walaupun tidak dibenarkan mengendalikan proses bedah siasat, Dr Pornthip berkata ia bergantung kepada tahap pereputan mayat berkenaan.

"Bagi diri saya, saya hanya membantu...Saya tahu batas saya," katanya.

Sebelum ini, semasa prosiding inkues itu, Dr Pornthip mendakwa ada 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati dicekik dan didera.

Semalam, Mahkamah Koroner di Shah Alam, Selangor, membenarkan permohonan keluarga Teoh untuk menggali mayat mendiang bagi menentukan punca sebenar kematian Teoh pada 16 Julai lepas.

Teoh, yang merupakan pembantu politik kepada exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Mazalam, Shah Alam, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan