CID Bukit Aman ambil kenyataan SIS mengenai isu Kartika

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wakil dari Sisters in Islam (SIs) memberi kenyataan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman semalam mengenai laporan polis terhadap kenyataan SIS di Kuantan yang mempersoal hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Soekarno.

Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican dan ahli lembaganya Zainah Anwar dipanggil memberi kenyataan mereka bagi siasatan di bawah Seksyen 4(i) (a) Akta Hasutan oleh CID pada 10.35 pagi.

Mereka, yang diiringi oleh peguam, berada hampir dua jam di Bahagian Pendakwaan Undangundang CID, kata Pengurus Program (Penyelidikan dan Penerbitan) SIS Masjaliza Hamzah.

"SIS harap selepas merekod kenyataan ini, polis akan memperakukan bahawa tidak ada tindakan lanjut diambil terhadap organisasi itu.

"Kami ingin menegaskan bahawa dalam kerangka sebuah masyarakat demokratik, perlu ada dialog terbuka, bertanggungjawab, rasional dan yang dihormati mengenai Islam dan impaknya ke atas kehidupan kita peribadi dan awam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut laporan media, 14 badan NGO di Pahang barubaru ini menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang mempersoal hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi.

Kartika Sari Dewi, wanita pertama yang dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah kerana kesalahan meminum alkohol di sebuah hotel di Kuantan tahun lepas, menyatakan kesediaan menerima hukuman itu.

Kartika juga didenda RM5,000. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan