Najib umum pemberian wang ehsan untuk Kelantan mulai 2010

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun hadapan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemiskinan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjawab sekali gus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa Anggota Parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.

"Hendak politikkan isu ini...tak habis-habis politik dia. Saya tidak tahu Yang DiPertua apa yang penting...kita sediakan dana ini untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, sama prinsipnya seperti Terengganu," katanya.

Suasana persidangan menjadi tegang dengan beberapa wakil pembangkang termasuk Salahuddin, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menuntut penjelasan mengenai perbezaan antara royalti minyak dan wang ehsan yang diberikan.

Cubaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) untuk meredakan keadaan dengan mengutarakan soalan tambahan tidak berjaya menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua Anggota Parlimen duduk atau menghadapi tindakan keluar dewan.

"Yang Berhormat...kalau perdana menteri, menteri tidak datang, Yang Berhormat mahu mereka datang. Tetapi bila mereka datang menjawab soalan Yang Berhormat tidak mahu dengar. Yang Berhormat syok cerita sendiri," katanya sebelum meminta Najib meneruskan jawapan beliau.

Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Perdana Menteri berkata bahawa sebelum ini wang ehsan itu tidak diberikan kerana berdasarkan peruntukan undang-undang Kelantan tiada hak untuk menerimanya.

"Ini melibatkan kawasan pertindihan...sekarang ini Petronas sahkan ada blok yang boleh dipertimbangkan, sebab itu kita timbang selain untuk pastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat," katanya.

Anggota-anggota Parlimen pembangkang kemudian terus mengemukakan pelbagai soalan kepada Perdana Menteri sehingga menuntut Pandikar Amin menghentikannya dengan meminta Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengutarakan soalan kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan