Mesyuarat khas kabinet Jumaat ini, kata Perdana Menteri

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu mesyuarat khas kabinet akan diadakan Jumaat ini, yang turut melibatkan semua ketua jabatan, bagi memastikan kesempurnaan pelaksanaan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen minggu lepas.

Ketika mengumumkan perkara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata semua menteri dan ketua jabatan akan diberikan penerangan mengenai apa yang diharapkan kepada jabatan atau kementerian berkenaan berdasarkan bajet yang baru dibentangkan itu.

"Kami akan beritahu mereka bila kena mulakan projekprojek, projek mana yang perlu diutamakan, siapa yang akan pantau pelaksanaannya dan sebagainya.

"Seperti klinik 1Malaysia, kami mahu ia dilancarkan pada minggu pertama Januari tahun depan. Saya telah arahkan Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia berjalan. Kami komited dan serius dalam memastikan kesempurnaan pelaksanaan bajet ini. Kami percaya kita ada potensi untuk mengembangkan ekonomi dengan lebih baik," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada jamuan malam di Kementerian Kewangan, yang diadakan sebagai penghargaan kepada kakitangan kementerian itu yang sejak enam bulan yang lepas telah bekerja membuat persiapan untuk Bajet 2010.

Sementara itu, Najib juga menceritakan tentang pengalamannya ketika membentangkan Bajet 2010 kerana ia kali pertama beliau membentangkan bajet di Parlimen walaupun pernah membentangkan dua Pakej Rangsangan Ekonomi sebagai Menteri Kewangan.

"Ini perkara baru. Ia mencabar dan kompleks, bukan kerana semua bajet mencabar dan kompleks tetapi kerana ia berlaku pada ketika negara menghadapi tempoh yang mencabar berikutan faktor dalaman dan luaran.

"Sebelum dan semasa menyediakan bajet ini, saya ada memikirkannya. Mungkin ini bajet paling memeritkan berikutan keadaan ekonomi masa kini. Faktor lain kerana bajet ini mempunyai banyak langkah penjimatan yang sukar berikutan keadaan ekonomi.

"Bagaimanapun, selepas ia selesai rasa takut ini hilang dan timbul pula rasa takut yang lain sama ada bajet boleh diterima oleh rakyat, penganalisis dan pengkritik. Tetapi Alhamdulillah selepas pembentangan bajet, saya dapat rasakan ia diterima baik. Ketika memulakan pembentangan saya ingatkan ia akan mengambil masa satu jam 20 minit tetapi saya akhirnya mengambil masa dua jam," kata Najib.

Bagaimanapun, katanya apa yang sukar sekarang adalah untuk melaksanakan bajet itu dan bagaimana rakyat akan menikmati hasil daripadanya.

"Bajet kali ini mempunyai banyak objektif walaupun dilihat mungkin ada objektif tidak boleh dicapai. Objektifobjektif ini termasuk mengurangkan defisit, menyempurnakan janji kami kepada rakyat, reaksi pasaran dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata bajet tahun depan memenuhi hasrat rakyat, membawa perkara-perkara baru seperti lebih banyak pusat jagaan harian dan menyentuh kehidupan rakyat biasa seperti pemandu teksi dan nelayan.

"Kami menghantar mesej yang kuat kepada rakyat. Kami juga berpegang kepada prinsip nilai untuk wang. Kami mengurangkan perbelanjaan tetapi pada masa yang sama kami meneruskan pembangunan kita. Saya boleh katakan ia kerja yang cukup bagus.

"Bagaimanapun, ini boleh dicapai kerana ia usaha sepasukan. Ia bukan hanya bajet saya tetapi juga untuk pasukan bajet. Semua orang memberi sumbangan," katanya merujuk kepada kakitangan Perbendaharaan.

Katanya input bagi bajet kali ini bukan hanya daripada dialog tahunan anjuran Kementerian Kewangan sebelum pembentangan bajet tetapi juga datang secara tidak langsung daripada mereka yang memberikan idea menerusi laman web 1Malaysia dan pelbagai sumber lain.

Najib berkata beliau bekerjasama dengan pasukan daripada kementerian itu secara sepenuh masa menjelang pembentangan bajet bagi memastikan beliau terlibat secara langsung. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan