Masyarakat Padang hargai bantuan yang dihulur Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat Padang, Indonesia yang baru-baru ini dilanda malapetaka gempa bumi amat menghargai dan berterima kasih di atas bantuan Malaysia walaupun ketika itu kumpulan Bendera begitu beria melakukan tindakan "sweeping" terhadap rakyat Malaysia di Jakarta.

Pengarah Perkhidmatan Perubatan Malaysian Relief Agency (MRA), Dr Hyzan Mohd Yusof berkata sentimen seperti itu langsung tidak timbul di kalangan masyarakat Padang, katanya ketika ditemubual Radio 24 di sini semalam.

"Kami bimbang juga mulamula (untuk ke Padang) tapi apabila kami bekerja di sana dan diterima rakyat Indonesia terutama mereka yang memerlukan bantuan dan berada di pedalaman, sentimen ini langsung tidak wujud.

"Sentimen ini saya rasa lebih diapiapikan oleh pihak akhbar dan mungkin sebilangan kecil orang yang ada tujuan tertentu. Ini pendapat saya dan pendapat ini turut dikongsi bersama oleh rakyat Padang sendiri," katanya lagi ketika ditanya mengenai perasaan mereka apabila isu Ganyang Malaysia hangat di Indonesia sewaktu kejadian gempa bumi.

Menceritakan pengalamannya pula, Dr Hyzan berkata pelbagai kesulitan terutamanya dari segi mendapatkan kemudahan turut dihadapi oleh pihaknya ketika memberikan bantuan di sana.

"Kesulitan contohnya dari segi nak dapatkan kemudahan, contohnya kita communicate pakai handphone, line phone yang biasa dah rosak.. telefon nak caj pulak bateri takde, so nak communicate dah susah, nak travel pulak petrol sedikit, kemudian nak dapatkan makanan dan nak dapatkan information," katanya lagi.

Beliau berkata hal tersebut terjadi kerana selepas sahaja gempa bumi semua yang berada di Padang lari ke tempat yang lebih tinggi oleh sebab itulah mereka sukar untuk mendapatkan bantuan dari orang tempatan.

"Contohnya macam ada satu bangunan iaitu kolej linguistik di situ ada 400 orang pelajar tengah belajar, bangunan tersebut ada empat tingkat namun (sebaik sahaja gempa bumi) tingkat tiga jadi tingkat bawah, tingkat satu dan dua dah terhempap masuk ke dalam tanah.

"Dan banyak pelajar yang terperangkap.... kirakira 60 pelajar... diorang masih dengar ada orang mintak tolong tapi tidak ada orang yang datang nak tolong sebab semua takut tsunami, lari ke tempat lebih tinggi, apabila datang waktu malam (ketika itu) masih dengar jeritan dan keesokan paginya dah takde...," katanya lagi.

Dr Hyzan yang merupakan pakar perubatan tulang berkata sejak ditubuhkan pada 2000, MRA telah memberi bantuan lebih daripada lapan bencana alam di seluruh dunia.

Tambahnya lagi, selain daripada bantuan bencana, MRA juga turut membantu mangsa pelarian meneruskan kehidupan mereka contohnya seperti pelarian Rohingya di Malaysia.

"Rohingya kita bantu dari segi education sebab anakanak mereka perlu belajar dan perlu ada tujuan, ada ilmu dan boleh ada kerjaya mereka sendiri.

"Kalau mereka tidak dibantu, anakanak ini akan terbiar, mereka tidak pergi ke sekolah, tidak berilmu dan terdedah kepada elemen yang kurang sihat, jadi sudah empat tahun kami membantu persekolahan mereka," katanya lagi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan