Kini segala-galanya ditangan polis dan SPRM untuk bertindak - Pengerusi PAC

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kini segala-galanya terserah kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh PAC.

Beliau berkata, personaliti yang dikaitkan dalam laporan PAC itu bukan sekadar bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang sahaja tetapi juga pegawai-pegawai kanan kementerian yang lain.

Azmi menambah, laporan yang disediakan oleh PAC itu mendedahkan berlakunya pecah amanah dan salah laku dalam pelaksanaan projek PKFZ itu dan terserahlah kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada.

“Kita tidak tahu, apakah benar-benar berlaku korupsi. Ada setengahnya mungkin kerana kecuaian dan ada pula kerana tidak mengetahui apa yang berlaku.

“Tapi apa jua tindakan yang akan diambil nanti, segala-galanya terserahlah kepada pihak polis atau SPRM untuk menyiasat dengan lebih lanjut," ujarnya.

Beliau mengingatkan bahawa PAC tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk bertindak,tetapi sebaliknya hanya berkuasa untuk mengemukakan syor kepada kerajaan,” katanya kepada para pemberita di lobi bangunan Parlimen, Rabu.

Azmi juga menjelaskan, akibat daripada apa yang telah berlaku dalam projek PKFZ ini, kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar menerusi penerbitan bon jaminan untuk membiayainya.

Malah Azmi turut menyatakan perasaan sedihnya akibat daripada apa yang telah berlaku kerana ia bukanlah kejadian yang pertama kali.

“Telah banyak kes seumpama ini didedahkan menerusi laporan audit, tetapi malangnya kita masih lagi dapat menyaksikan perkara yang sama terus berulang," ujarnya.

Tetapi, tegas Khalid, kerajaan mempunyai iltizam yang tinggi untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan