Dr Mohd Asri akan ambil tindakan undang-undang

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain AlGhari berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata semua tuduhan yang dilemparkan oleh keduadua pihak itu adalah tidak berasas.

"Saya ingat tindakan ini sudah melampau dan ini adalah tuduhan berat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' di Institut AlQayyim, Mengkuang, di sini, malam semalam.

Kuliah itu diadakan bagi menjelaskan pelbagai dakwaan terhadapnya berikutan penahanannya Ahad lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah.

Mohd Asri mendakwa PGSM melakukan serangan peribadi terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Okt lepas kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mohd Asri juga melahirkan rasa kesal terhadap Zamihan yang mendakwa beliau memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan.

Zamihan, yang merupakan petugas Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dilaporkan berkata berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

"Saya minta Jakim memberi penjelasan terhadap tindakan petugasnya (Zamihan) dan Jais memberi penjelasan mengenai cara saya ditahan," katanya sambil menjelaskan kira-kira 35 anggota Jais terlibat dalam penahanannya pada malam itu.

Beliau berkata tindakan Jais itu seolah-olah beliau melakukan jenayah besar.

Mengenai penahanannya itu, Mohd Asri mendakwa ia adalah satu konspirasi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

"Ada pihak yang mahu melihat saya dimalukan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan