160 Pelajar Malaysia di Universiti Padang kembali untuk memulakan pengajian semula

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG: Seratus enam puluh orang pelajar perubatan Malaysia telah kembali menyambung semula pengajian mereka di Universiti Andalas (Unand) di sini, demikian menurut Jabatan Penuntut Malaysia, Jakarta.

Pengarahnya, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, kesemua 160 pelajar tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru selepas ditimpa bencana gempa bumi 30 September lalu.

Gempa bumi pada skala Richter 7.6 yang melanda wilayah Sumatera Barat ini telah mengorbankan lebih 1,000 nyawa termasuklah memusnahkan beberapa bangunan fakulti perubatan Unand sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa melancarkan satu misi khas membawa pulang 329 pelajar Malaysia di sana dua hari selepas kejadian itu.

Dr Junaidy berkata, MSD bertungkus lumus berusaha untuk memastikan kebajikan pelajar kita di Unand berada dalam keadaan yang memuaskan.

"Saya sendiri melakukan kunjungan setiap minggu ke Padang dari Jakarta untuk memeriksa keadaan mereka," katanya.

Pelajar-pelajar juga berkata mereka cuba untuk melupakan trauma ekoran gempa bumi itu dan telah bersedia untuk meneruskan pengajian mereka di sana.

Pelajar perubatan, Nur Zulaikha Ismail, berkata, walaupun bandar ini masih mengalami gegaran kecil setiap hari tetapi beliau telah bertekad untuk menamatkan pengajiannya di Unand.

Seorang lagi pelajar perubatan, A. Adeeban Koomar, berkata, mereka kini sedang menumpukan perhatian kepada peperiksaan tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan