Setiausaha PKR bahagian Ledang meninggal dunia ketika sedang minum teh

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Ledang, Jaafar Ahmad meninggal dunia ketika sedang minum teh bersama-sama dengan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng, semalam.

Jaafar, 60, yang baru dilantik menjadi setiausaha bahagian Ledang dua mingggu lalu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang minum bersama-sama Chua dan beberapa orang rakannya yang juga pemimpin PKR di Hotel Traders pada pukul 6.15 petang tadi.

Ketua Penerangan PKR bahagian Ledang, Nah Budin berkata, allahyarham dijadualkan menjalani satu pembedahan di Insitut Jantung Negara, hari ini.

"Kami sedang berbual sambil minum teh apabila Jaafar tiba-tiba jatuh dan berhenti bernafas.

"Kami turut sedih atas pemergiannya secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel berkenaan pada Isnin.

Nah berkata, Chua dan beberapa pemimpin PKR yang bersama dengan Jaafar pada ketika kejadian sepatutnya menghadiri majlis makan malam anjuran parti DAP selepas itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan