PTPTN jangka tanggung defisit RM48 bilion menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka menghadapi defisit RM48 bilion menjelang tahun 2020, jika peminjam yang ada sekarang tidak membayar balik pinjaman mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata jumlah yang sepatutnya dibayar balik kepada PTPTN pada masa kini ialah RM3.26 bilion, melibatkan hampir 780 ribu pinjaman yang telah diluluskan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM346 juta telah diberikan penangguhan bayaran balik, manakala sejumlah RM1.54 bilion belum dibayar balik," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BNGua Musang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan rancangan kerajaan untuk membantu siswazah yang tidak menerima pinjaman bagi meneruskan pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKRLembah Pantai), Hou mengakui bahawa PTPTN mempunyai masalah kewangan kerana perlu menampung banyak pinjaman.

"PTPTN akan terus bekerja kuat dan melakukan pelbagai cara yang perlu untuk mendapatkan wang yang cukup bagi menampung pinjaman pelajar. Sebab itu kita selalu ingatkan peminjam supaya segera menyelesaikan pinjaman mereka," katanya.

Nurul Izzah bertanyakan perkembangan perjanjian PTPTN dengan sebuah syarikat swasta untuk membiayai bantuan kewangan sejumlah RM1.5 bilion kepada badan tersebut.

Hou berkata, PTPTN juga tidak bercadang untuk hapus kira hutang sejumlah RM3.26 bilion tersebut, kerana badan itu juga perlu mengambil kira peluang meneruskan pelajaran bagi penuntut akan datang.

"PTPTN bukan satu badan untuk beri biasiswa, banyak biasiswa yang telah ditaja oleh pelbagai agensi kerajaan di samping kerajaan juga galakan pihak swasta dan GLC untuk beri biasiswa kepada pelajar," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ibrahim bertanyakan sama ada PTPTN bercadang untuk hapus kira hutang sejumlah RM3.26 bilion itu bagi kebaikan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan PTPTN sebenarnya lebih bertolak ansur di mana peminjam diberi tempoh mencukupi selama enam bulan sebelum diberi surat arahan bayar balik, manakala bagi penuntut yang dapat kelas satu, pinjaman akan ditukar kepada biasiswa.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan