Mufti Dan Ilmuan Islam Akan Adakan Muzarakah Selesai Isu Dr Asri

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Satu muzakarah di kalangan mufti-mufti dan ilmuan Islam perlu diadakan untuk membincangkan isu penangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Syed Hussein Al Habshee ketika membuat cadangan itu memberitahu Bernama, apa yang penting (muzakarah itu) adalah untuk memelihara keharmonian amalan umat Islam negara ini.

"Mazhab Imam Shafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan mainstream umat Islam di Malaysia. Dalam hal ini pegangan yang bertentangan akan memporakperandakan pemikiran dan amalan penduduk Islam negara ini.

"Pendekatan baru di dalam ajaran agama Islam yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya generasi muda yang baru ingin berjinak dengan Islam perlu ditolak," katanya yang dilihat jelas merujuk kepada dakwaan pihak tertentu bahawa Mohd Asri menyebarkan fahaman Wahabi.

Mohd Asri menafikan beliau membawa fahaman tersebut.

Syed Hussein, bekas Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu itu melahirkan keyakinan bahawa JAIS telahpun melakukan pemantauan terhadap kegiatan dan dakwah Mohd Asri di Selangor sebelum mengambil tindakan.

Syed Hussein mendakwa bahawa Mohd Asri pada 2007 ketika menjadi Mufti Perlis melarang sekumpulan ulamak negara Arab yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada memberi ceramah di negeri itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan