Jalan Rawang ke KL dibuka untuk kenderaan ringan

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Jalan Rawang ke Kuala Lumpur yang ditutup akibat cerun runtuh awal pagi tadi telah dibuka semula kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi tadi dengan melalui Jalan Selayang Height. DSP Mohd Asri Md Akhir dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata bagaimanapun jalan itu hanya dibuka sehala manakala jalan dari Kuala Lumpur ke Rawang masih ditutup untuk semua kenderaan.

Beliau berkata kerja pembersihan runtuhan tanah masih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kejadian pukul 2.45 pagi tadi menyebabkan jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching ditutup kepada semua lalu lintas.

Cerun yang runtuh itu menyebabkan laluan keduadua arah Jalan RawangSelayang dipenuhi tanah dan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak pukul 4.45 pagi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan