JAIS akan dakwa Dr Asri selepas siap kertas siasatan

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam berkata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

"Kita telah beberapa kali cuba untuk mengambil tindakan (ke atas Dr Asri) cuma pada kali ini kita berjaya melaksanakan tindakan (menangkap Dr Asri) yang telah kita rancang sebelum ini.

"Siasatan sedang kita jalankan dan selepas kertas siasatan siap, kita akan dakwa beliau pada satu masa yang akan kita maklumkan kemudian," katanya dalam satu sidang media di Pejabat JAIS, di Bangunan Sultan Idris, di sini, semalam.

Menurutnya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

"Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Jelasnya, siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

"Pagi tadi, kita bawa Dr Asri ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa kes ini pagi tadi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen berkenaan, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, JAIS perlu melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Beliau turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya.

"Kami hanya bertindak atas aduan dan memorandum daripada penduduk Taman Sri Ukay sebelum kami bertindak menahan Dr Asri," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin menegaskan bahawa JAIS tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam atau mana-mana pihak dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

"Apa yang kita buat (tangkapan ke atas Dr Asri) adalah kerana kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada jabatan (JAIS) berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Kita tidak membuat lebih daripada apa yang sepatutnya," katanya.

Tegasnya, undang-undang tersebut telah digubal sejak sekian lama, dan mana-mana individu yang ingin berceramah di Selangor perlu menghormati undang-undang sedia ada dan tiada sesiapun terkecuali dalam perkara tersebut.

"Tidak kira sama ada mereka yang ingin berceramah di rumah persendirian perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

"Kita minta mana-mana penceramah yang ingin berceramah di Selangor mendapatkan tauliah daripada kita. Kita bersikap terbuka dan akan menimbangkan mana-mana permohonan untuk mendapatkan tauliah daripada JAIS," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran ajaran Wahabi, Mohamed Khusrin berkata pertuduhan itu tidak sesuai dikenakan terhadap Dr Asri memandangkan siasatan masih dijalankan.

Jelasnya lagi, JAIS tidak boleh membuat tuduhan sembarangan ke atas Dr Asri walaupun bekas mufti itu menerima tuduhan mendukung ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam.

Kelmarin, Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika ketika Dr Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Sementara itu, Dr Asri yang ditahan oleh JAIS tengah malam kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi semalam untuk merakamkan keterangan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan