Dua rakyat Malaysia maut, seorang cedera dalam kemalangan berhampiran Madinah

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Dua rakyat Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan kargo maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Yutma, kira-kira 70km dari Madinah pada Isnin.

Kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai Basir Hassan, 45, dan Shariff Ismail, 57, manakala seorang lagi Zulazli Yassin, 36, cedera di kepala dan dirawat di Hospital King Fahad Madinah dan kini berada dalam keadaan stabil.

Menurut maklumat yang disalurkan kepada Pusat Maklumat Operasi Tabung Haji di Mekah, ketiga-tiga mereka merupakan pekerja Aramal Services dan menggunakan visa kerja daripada rakan niaga Aramal di Arab Saudi Alfa Kargo.

Ketiga-tiga mereka merupakan pekerja syarikat kargo yang mengendalikan bagasi jemaah haji Malaysia.

Menurut maklumat itu, kejadian berlaku selepas waktu Isyak apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki dan dipandu oleh seorang pekerja Alfa Kargo warganegara Indonesia terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah.

Pemandu kenderaan itu ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut maklumat itu lagi pengecaman mayat di Hospital Miqat Madinah dilakukan oleh anak kepada Shariff dan jiran kepada Basir yang juga pekerja Aramal.

Urusan dokumentasi serta mendapatkan surat kebenaran pengkebumian mangsa dilakukan oleh wakil Alfa Kargo serta Naib Konsul Haji Tabung Haji Shahrunnajmi Basharudin. Waris mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Abd Mubin mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dan meminta anggota kaum keluarga supaya bersabar dan menerima musibah itu sebagai takdir.

Beliau berkata pejabat Tabung Haji menerusi Konsul dan pejabat Haji di Madinah telah menguruskan pengkebumian kedua-dua mangsa yang terkorban itu di tanah perkuburan Baqi' berhampiran Masjid Nabawi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan