Anak dikenakan tindakan tatatertib, bapa amuk di sekolah

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang bapa yang tidak puas hati kerana anaknya dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah di sini telah mengamuk dengan memecahkan tingkap kelas hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, seorang lelaki yang bekerja sendiri, dipercayai dalam keadaan mabuk telah mengamuk di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Chung Hua No.3 di Jalan Padungan di sini dengan memecahkan tingkap tiga buah kelas dengan tanggannya.

Seorang pelajar Tahun Tiga yang duduk berdekatan dengan tingkap cedera di bahagian muka dan belakang telinga kerana terkena serpihan cermin tingkap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzi Bujang yang mengesahkan kejadian tersebut berkata suspek berusia 38 tahun, bertindak demikian setelah dimaklumkan bahawa anaknya dikenakan tindakan disiplin.

"Mangsa digegaskan ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil," katanya.

Fauzi berkata polis yang bergegas ke tempat kejadian apabila menerima laporan dari pihak sekolah menahan lelaki yang cuba bertindak agresif.

Beliau berkata suspek kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan