Penahanan Dr Asri: JAIS pilih kasih, kata Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyifatkan isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai sesuatu yang memalukan.

Kata Shahidan yang menghubungi mstar Online dari Manchester pagi tadi, beliau hairan kenapa Dr Asri yang ditahan sedangkan banyak lagi isu-isu agama lain yang lebih penting tidak diberi perhatian oleh JAIS.

"Orang menghina agama, anti-Islam, JAIS tak pula ambil tindakan tapi seorang bekas Mufti, seorang ulamak memberi ceramah, ditangkap pula. Perbuatan ini tidak mengikut lunas-lunas Islam.

"Wajarkah seorang bekas Mufti dan ulamak dilayan sedemikian? ," tanya Shahidan.

Katanya lagi, kuasa bukan terletak sepenuhnya pada JAIS.

"Dalam isu ini, saya lihat siapa saja yang lawan mereka (JAIS) semuanya akan diambil tindakan. Nampaknya JAIS pilih kasih...," jelas Shahidan.

Katanya lagi, perkara-perkara sebegini hanya akan menjumudkan fikiran orang-orang Islam kerana gambaran sebenar kejadian penahanan Dr Asri oleh JAIS banyak mengelirukan.

"Disebabkan perkara ini sudah berlaku, saya ingin mengesyorkan supaya pentadbiran Islam diletakkan di bawah satu bumbung supaya senang diselaraskan," kata Shahidan.

Semalam, Dr Asri ditahan oleh pegawai-pegawai JAIS yang datang seramai 35 orang dengan diringi oleh 20 polis beruniform untuk menahan bekas mufti tersebut kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah. Dr Asri dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Dan pagi tadi, Dr Asri telah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi tadi untuk merakamkan keterangan.

Lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak awal pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap Dr Asri yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan