Menteri Luar Kumpulan D8 bermesyuarat hari ini

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesi ke-12 Majlis Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara-negara Islam membangun (D8) yang memulakan mesyuarat sehari pagi ini, antara lain akan mempertimbang laporan kemajuan D8 sejak mereka bertemu kali terakhir Julai tahun lepas.

Selain itu, sesi itu juga dijangka membincangkan isu-isu signifikan yang akan menentukan kemampuan negara-negara anggota D8 bagi membolehkan mereka terus mengarahkan perhatian tenaga dan sumber ke arah pelaksanaan senarai keutamaan bidang-bidang kerjasama dan mencapai hasil yang bermakna untuk kumpulan itu.

Para menteri juga akan meneliti draf berhubung pelbagai isu yang dipertimbangkan oleh para pesuruhjaya D8 pada sesi ke-27 pada Jumaat dan Sabtu.

Malam tadi, para menteri diraikan dalam majlis makan malam oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucaptama.

D8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki dan terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Malaysia menjadi pengerusi D8 tahun lepas. Negara anggota D8 mempunyai penduduk berjumlah kirakira 900 juta dan kaya dengan sumber ekonomi.

Perkumpulan itu bermatlamat menjadi mekanisma bagi menjalin kerjasama dalam sektor ekonomi menerusi perkongsian kepakaran dalam usaha meningkatkan kedudukan negara anggota dalam ekonomi global. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan