Khairy terkejut penahanan Mantan Mufti Perlis

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin amat terkejut dengan berita penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

"Saya amat berharap beliau diberikan hak pembelaan dan pengadilan yang sewajarnya terutama apabila tangkapan itu dibuat hasil kerjasama yang baik daripada Asri sendiri kerana dilaporkan bahawa penahanan beliau diakukan tanpa sebarang waran tangkap," jelas Khairy di dalam blognya (http://www.rembau.net.my).

Kata beliau lagi, pada saat ini, situasi dan latar belakang penahanan Asri masih kabur dan sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Antara lain, kata Khairy, jika benarlah Asri ditahan atas sebab ceramah beliau, mengapa sekarang baru pihak JAIS mahu mengambil tindakan walhal Asri sudah lama berceramah dan berkongsi pandangan serta komen dalam coretan-coretan baik dalam blog beliau mahupun sebagai kolumnis dalam akhbar tempatan?

"Saya berharap ini bukanlah satu penahanan terpilih yang tercetus daripada provokasi mana-mana pihak yang tidak menyenangi beliau, atau berunsur politik bagi melarikan fokus rakyat lantas menutup kelemahan sesetengah pihak.

"Saya akan memantau situasi ini dengan cukup rapi dan jika benar wujud apa-apa ketidakadilan terhadap Asri dalam isu penahanan ini, saya tidak teragak-agak mengecam penuh tindakan seumpama ini," kata Khairy.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan