Riad tidak termimpi akan dilantik ketuai Formula 1 Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tony memakaikan topi kepada Riad selepas diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Formula One 1Malaysia pada Jumaat lalu. --foto Reuters
Tony memakaikan topi kepada Riad selepas diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Formula One 1Malaysia pada Jumaat lalu. --foto Reuters

PETALING JAYA: Bagi seseorang yang tidak mempunyai minat kepada kereta lumba semasa zaman persekolahannya, Riad Asmat akan memikul cabaran mengetuai operasi pasukan baru Formula One (F1)- 1Malaysia Racing Team.

Riad, 38, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Formula One 1Malaysia pada Jumaat lalu akan melaporkan secara langsung kepada ketua pasukan yang juga CEO AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.

Minat Riad dalam sukan permotoran semakin mendalam apabila beliau menyertai Sepang International Circuit dan Proton selepas itu pada 2006.

Riad juga memiliki pengalaman luas dan berpengalaman bekerja dengan syarikat asing iaitu bekerja dengan syarikat pengeluar barangan sukan terkenal dunia, Nike dan pernah menyertai UPS di Singapura.

Katanya, beliau tertarik kepada tawaran yang diberikan Tony kerana mahu melihat impian pasukan Malaysia berjaya dalam sukan F1 menjadi kenyataan.

"Datuk (Tony) mahu lihat impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan, baginya ia bukan sesuatu yang mustahil.

"Bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat tempat dalam kejohanan dunia seperti F1, ia melibatkan banyak pihak... beliau telah membina platform ini.

"Saya sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru dan ini adalah tawaran beliau kepada saya... adalah lebih baik mencuba daripada menyesal di kemudian hari jika kami tidak memulakan langkah pertama," katanya yang lebih gemar kepada sukan ragbi di sekolah.

Walaubagaimanapun katanya, beliau terpaksa berhenti daripada bermain ragbi atas nasihat doktor selepas mengalamai kecederaan.

"Saya turut cuba sukan menunggang kuda dan golf, tetapi berhenti sebab tidak begitu baik dalam bidang itu.

"saya sebenarnya tidak begitu peka terhadap sukan kereta, tak seperti golongan muda hari ini yang sudah terdedah dengan F1, saya lebih minat kepada sukan lumba basikal sekarang ini," kata Riad yang yang berkelulusan peringkat Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Organisasi dari Western Michigan University Amerika Syarikat.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan