Majikan diminta pandang aduan gangguan seksual sebagai sesuatu yang serius

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini meminta pihak majikan supaya tidak memandang ringan sebarang laporan gangguan seksual yang mereka terima daripada kakitangan.

Kata Shahrizat, ia adalah satu perbuatan yang tidak boleh diketepikan.

Malah beliau menambah, kakitangan seharusnya dimaklumkan tentang hak mereka berkaitan gangguan seksual di tempat kerja.

“Pertamanya, ramai mangsa melihat gangguan seksual sebagai sesuatu yang sangat pribadi. Keduanya, gangguan seksual bukanlah mudah untuk dibuktikan dan ketiga, telah menjadi satu norma bahawa majoriti mangsa melihat diri mereka menjadi mangsa dan mereka takut untuk bertindak. Akhirnya mereka menjadi mangsa dalam senyap,” kata Shahrizat kepada para pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 170 penerima di bawah skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Gombak.

Menurut Shahrizat, yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila kakitangan sendiri enggan membuat laporan kerana mereka takut kepada risiko kemungkinan akan dipecat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapakah kes gangguan seksual masih kurang dilaporkan walaupun sudah ada undang-undang khas untuk membicarakan kes seperti ini di mahkamah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan