Gerakan garis lapan strategi untuk terus kekal relevan

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan hari ini menggariskan lapan strategi sebagai hala tuju parti bagi memberi fokus dan tenaga baru kepada semua anggota agar parti itu terus kekal relevan.

Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, lapan strategi itu terkandung dalam edisi baru booklet Strategi 11388 yang turut memasukkan nilai-nilai 1Malaysia.

"11388 bermaksud satu wawasan, satu misi, tiga teras, lapan strategi dan lapan bidang utama," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Menara PGRM di sini.

Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Booklet Strategi 11388 telah dilancarkan dua tahun lepas bersempena Kemerdekaan ke-50 tahun negara dan edisi baru yang dilancarkan Najib hari ini memasukkan elemen 1Malaysia bagi menyuntik komitmen kepada anggota dan parti.

Koh berkata antara strategi itu ialah dengan meneruskan perspektif Gerakan dan pendekatan bukan perkauman bagi mengungkap pendirian dasar dan mengemukakan jalan penyelesaian yang sebaik mungkin terhadap beberapa isu nasional yang berkaitan.

Ia juga akan meneruskan peranan sebagai suara-suara dengan bersebab dalam BN, mendokong segala pembaharuannya di samping memainkan peranan sebagai pembangkang yang bersifat konstruktif di negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS-DAP-PKR, kata beliau.

Strategi lain termasuklah mengukuh semula ikatan dengan rakyat dengan memberi perkhidmatan dan melaksanakan aktiviti di beberapa kawasan di bawah pimpinan Gerakan selain menjalin perkongsian bestari dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan rangka kerja dalam bidang spesifik seperti hak asasi manusia, alam sekitar dan pendidikan, katanya.

Beliau berkata parti akan terus bergerak maju ke hadapan dengan berpegang teguh kepada pegangan asas dan prinsip-prinsip dalam dokumen nasional utama seperti Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Gerakan telah mula mengaktifkan semula dan memotivasikan organisasi parti di peringkat akar umbi dengan mengambil anggota baru, terutama sekali di Sabah.

"Selain itu, kita akan memulakan siri latihan politik dalam usaha untuk mengukuhkan komitmen kita, meningkatkan ilmu dan kemampuan memimpin, membentuk dan mengaktifkan semula beberapa biro pusat dan mula melaksanakan strategi komunikasi yang lebih berkesan dalam penyampaian hasrat dan matlamat kita," katanya.

Beliau berkata selepas pilihan raya umum lalu, terdapat skeptik yang menyuntik kecurigaan tentang kemampuan Gerakan sebagai sebuah parti politik dan kedudukan parti itu yang masih relevan dan berdaya saing.

"Kepada pengkritik-pengkritik ini, kita hanya mempunyai satu jawapan, anda salah! Tetapi, kepada mereka yang meyakini keihklasan dan kemampuan kita untuk terus menyumbang ke arah destinasi negara, saya ingin menggesa tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menyertai dan menyokong kami," tegas beliau.

Beliau mahu semua anggota Gerakan tampil menyumbang ke arah pembinaan semula parti bagi meraih kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

"Dengan menunjukkan keikhlasan dan pengorbanan kita, ia akan pasti memenangkan hati rakyat. Sekiranya kita mempunyai komitmen yang sama, saya pasti kita akan menerajui Gerakan kembali ke jalan pemulihan dan kejayaan," tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan