Wanita Gerakan gariskan 7E realisasikan gagasan 1Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Gerakan menggariskan tujuh hala tuju atau 7E bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

7E merujuk kepada memastikan Perlembagaan Persekutuan terletak di kedudukan yang tinggi, memastikan kompetensi, akauntabiliti dan ketelusan, mementingkan hak asasi manusia, memupuk dan mewujudkan masyarakat demokrasi, membasmi semua bentuk diskriminasi dan undang-undang diskriminasi, mendidik dan menggalakkan ekonomi adil bagi semua dan kuasa bagi mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama.

Ikrar itu dilafazkan oleh para perwakilan Wanita Gerakan pada persidangan kebangsaan pergerakan itu yang berlangsung di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan gagasan murni bagi memastikan perpaduan yang utuh dicapai di negara ini, dengan menitikberatkan kebajikan dan pembelaan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Wanita Gerakan akan sentiasa berganding bahu dengan Pemuda dan parti induk untuk mendekati rakyat daripada pelbagai peringkat umur, untuk digembleng bersama kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi di samping memastikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dapat direalisasikan," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada persidangan itu.

"Segala polisi dan dasar kerajaan mesti dilaksanakan dengan adil dan telus untuk rakyat Malaysia, tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang, agar rakyat daripada semua kaum digembleng bersama untuk mara ke hadapan," katanya.

Tan dalam ucapannya turut menyentuh mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam tujuh pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum tahun lepas dengan menyatakan antara faktor yang menjadi punca kepada kekalahan itu ialah kelemahan calon.

Beliau berkata rakyat kini mahukan calon yang berintergriti, berkualiti, mesra rakyat dan boleh berkhidmat untuk mereka.

Tan juga berkata untuk menyakinkan rakyat bahawa Gerakan adalah parti yang masih relevan, segala kepincangan dalam kepimpinan parti perlu ditangani dengan segera dan berhemah.

Rakyat "dahagakan" sumbangan daripada pemimpin politik dan bukannya percakaran sesama pemimpin untuk berebut kuasa demi kepentingan politik sendiri, katanya.

"Kita harap semua ahli parti dan parti komponen sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing, kerana tindak-tanduk semua akan secara langsung memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Tan berkata Wanita Gerakan akan menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi memastikan 7E dilaksanakan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga akar umbi.

Beliau berkata ketua-ketua Wanita Gerakan akan mengadakan mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan perancangan dan langkah segera yang perlu diambil untuk melaksanakan 7E.

"7E ialah KPI saya dan juga KPI bagi ketua Wanita di setiap negeri, bahagian dan cawangan. Kami mahu menterjemahkannya kepada tindakan dan menjadi realiti supaya rakyat gembira," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan