Persetujuan dicapai bagi sokong pindaan Akta ISA, kata Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majoriti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemegang kepentingan telah mencapai persetujuan untuk menyokong usaha kerajaan meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata mereka mahu menumpukan kepada lima isu utama iaitu tempoh tahanan, hak dan layanan tahanan dan keluarga, kuasa menteri, persepsi kuasakuasa di bawah ISA digunakan untuk kepentingan politik dan tahanan tanpa perbicaraan.

"Kita tengok kalau isu itu dapat disenaraikan dan diperincikan supaya memudahkan pindaan kepada ISA," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dengan badan NGO dan Majlis Peguam.

Katanya semua pihak yang berkaitan turut bersetuju bahawa soal keselamatan negara perlu dipertahankan khususnya terhadap aktiviti militan dan pengganas.

Mengenai cadangan Majlis Peguam untuk memansuhkan Akta ISA dan ganti dengan akta baru, Hishammuddin berkata:

"Saya kata daripada mansuh dan bentangkan akta baru lebih baik lihat apa yang kita cadangkan dan kalau sekiranya ianya dapat memenuhi kehendak mereka dengan pindaan yang ada, apa isunya lagi?".

Katanya beliau yakin dapat membentangkan deraf pindaan akta itu untuk bacaan kali pertama semasa persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO), Biro Tata Negara, Kelab Penyokong Barisan Nasional dan Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan