Pelajar IPT perlu elak isu polarisasi kaum

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datin Seri Rosmah Mansor di temuramah oleh deejay Putra.FM's, Nur Edriana Jaafar dalam rancangan
Datin Seri Rosmah Mansor di temuramah oleh deejay Putra.FM's, Nur Edriana Jaafar dalam rancangan "Majlis sepetang bersama wanita pertama Malaysia @ Putra FM. Turut hadir Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R.Abdullah [kanan] dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI.

SERDANG: Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini perlu mengelakkan isu polarisasi kaum yang kini dikatakan amat ketara di kalangan pelajar IPT.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata pelajar IPT seharusnya menjadi pemangkin kepada gagasan 1Malaysia dengan menerapkan teras perpaduan sebagai budaya dan amalan.

"Pelajar adalah golongan terpilih dan cerdik pandai, mampu berfikir secara matang untuk membendung isu polarisasi kaum dan berhijrah kepada perpaduan yang lebih bermakna.

"Teras perpaduan itulah komponen asas yang akan menguatkan semangat bersatu padu di kalangan para pelajar berbilang kaum sekiranya mahu melihat bangsa Malaysia benarbenar dapat disatukan," katanya dalam ucapan sempena sepetang bersama Wanita Pertama Malaysia di Putra FM, Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Majlis itu anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah.

Kemudian isteri Perdana Menteri itu turut ditemubual mengenai konsep 1Malaysia dalam satu wawancara khas di saluran 90.7 Putra FM.

Dalam temubual itu Rosmah berkata konsep 1Malaysia adalah kesinambungan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian diperkuatkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memberikan nafas baru, mengambil kira realiti dan keperluan masyarakat masa kini.

Mengulas mengenai bagaimana untuk menerapkan konsep 1Malaysia di kalangan pelajar IPT beliau berkata tidak perlu ada sikap fobia dengan bangsa atau kaum lain.

"Kalau dulu pelajar IPT masih boleh berkongsi bilik bersama walaupun berbeza kaum tetapi masih dapat menyesuaikan diri dengan rasa saling hormat-menghormati dan berkawan tanpa ada apaapa rasa stigma jadi amalan seperti itulah perlu diteruskan pada masa sekarang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan