Najib ucap terima kasih kepada PBS bawa kejayaan kepada BN

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyumbang kepada kejayaaan Barisan Nasional (BN) di Sabah yang disifatkannya sebagai "simpanan tetap" untuk BN.

"Saya harap tangan persahabatan yang berterusan di kalangan anggota komponen Barisan Nasional akan menyemarakkan semangat perjuangan serta kerjasama yang lebih erat," katanya dalam perutusan sempena persidangan tahunan PBS Ke-14 di sini pada 7 November ini.

Najib berkata BN memperkenalkan pendekatan baru dari segi strategi kepimpinan dan pengurusan negara dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan menekankan pencapaian.

"Jadi setiap pemimpin Barisan Nasional adalah agen pembangunan dan perubahan yang memiliki nilainilai positif dan sikap rendah hati, prihatin, memahami dan mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin akar umbi," katanya.

Beliau turut menyarankan agar pemimpin akar umbi BN turun padang, menemui dan bergaul rapat dengan rakyat, memahami dan peka terhadap keperluan mereka serta bertindak dengan cekap untuk membantu, menolong dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Barisan Nasional harus dilihat sebagai pemangkin perubahan yang dikasihi dan dihormati rakyat dan terus relevan dalam konteks arus perubahan yang sedang melanda dunia masa kini," katanya.

Najib berkata Sabah amat bertuah kerana terus menikmati dan mendapat perhatian kerajaan Pusat melalui peruntukan projek-projek pembangunan yang banyak dalam Rancangan Malaysia kesembilan.

Beliau berkata Sabah akan terus menerima perhatian dan peruntukan pembangunan secukupnya dalam Rancangan Malaysia ke-10 sebagai komitmen kerajaan kepada penduduk Sabah yang terus setia dan menyokong agenda pembangunan BN.

"Namun kejayaan negara tidak terletak semat-amata dalam soal peruntukan kerajaan. Yang lebih penting dan bermakna ialah sikap positif dan pola pemikiran rakyat serta usaha yang kreatif dan inovatif untuk memanfaatkan segala bantuan kerajaan untuk meningkat taraf hidup setiap rakyat serta keluarga, masyarakat dan seterusnya untuk memperkayakan negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan