MB tiada kuasa minta ADUN letak jawatan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan kerana ADUN tersebut adalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kata Najib, dalam hal ini hanya ADUN tersebut yang berhak menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan atau tidak.

“Dia mungkin tidak mahu meletakkan jawatan...,” kata Najib kepada para pemberita apabila ditanya tentang arahan Khalid supaya Badrul Hisham meletakkan jawatannya atas alasan tidak berfungsi sebagai wakil rakyat.

Khalid semalam mengeluarkan kenyataan melalui pejabat setiausaha politiknya mengarahkan Badrul meletakkan jawatan sebagai ADUN setelah beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 20 Ogos 2009 berhubung dakwaan mengatakan beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya di kawasan tersebut.

Ditanya apakah Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil sekiranya Badrul melepaskan kerusinya, Najib berkata, ”Kita lihat dulu macam mana.”

Ini kerana kata Perdana Menteri, segalanya bergantung kepada sebagai wakil yang dipilih rakyat untuk menentukan sama ada beliau patut meletakkan jawatan atau sebaliknya.

“Ini adalah pilihan beliau...,” kata Najib.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan