Rang Undang-undang SPAD dibentang tahun depan

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa pembentangan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dilakukan tahun depan kerana kerajaan sedang mengkaji cadangan Majlis Ekonomi Negara supaya ditambah kenderaan barangan dan kargo dalam skopnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany berkata SPAD ditubuhkan untuk berfungsi sebagai badan tunggal bagi menyelaras pembangunan pengangkutan awam yang bersepadu di Lembah Klang.

"Kita nampak negara yang berjaya dari segi sistem pengangkutan bersepadu ini ialah Kanada, Australia dan Singapura.

Bagaimanapun saya setuju banyak agensi yang terlibat dalam penggubalan SPAD ini, dan dalam proses itu, kerajaan tempatan adalah elemen penting," katanya menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang ingin tahu mengenai langkahlangkah kerajaan menyelaraskan dasar pengangkutan awam antara kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Devamany berkata penubuhan SPAD itu juga melibatkan 13 agensi termasuk Kerajaan Tempatan.

Kepada soalan Hasbi Habibollah (BN-Limbang) yang ingin tahu mengapa pelaksanaan SPAD hanya tertumpu di Semenanjung dan tidak diperluaskan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata perlaksanaan di keduadua negeri itu akan dilakukan pada fasa kedua.

"Sebenarnya Sabah dan Sarawak adalah nadi Malaysia. Perundangan yang sedia ada di sini berbeza dengan Sabah dan Sarawak, oleh itu kita buat fasa satu di Semenanjung dan fasa dua di Sabah dan Sarawak. Saya bagi jaminan seluruh Malaysia akan jadi inti kepada SPAD," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2010 minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mempercepatkan penubuhan dan operasi SPAD sebagai pihak berkuasa tunggal untuk mengawasi dan menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar.

Devamany berkata dua rang undangundang yang perlu digubal ialah Akta SPAD untuk menubuhkan suruhanjaya dan Akta Pengangkutan Awam Darat yang antara lain memberi kuasa penyediaan pelan dan strategi, pengawalseliaan serta penguatkuasaan syarat lesen dan tindakan penalti.

"Kerajaan juga telah menubuhkan satu Pasukan Interim SPAD untuk menangani isuisu awal penubuhan sebuah suruhanjaya seperti isu perundangan dan eksekutif, menguruskan peruntukan kewangan serta keperluan sumber manusia SPAD," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan