Muhyiddin harap isu sekolah satu aliran terus dibincang

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

"Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

"Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badanbadan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

"Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan