Masa untuk MCA bertindak - Ong

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, yang menerima kecaman daripada beberapa pemimpin parti kerana mereka tidak mengetahui butiran Pelan Perpaduan Lebih Unggul parti, berkata sekarang merupakan masa untuk memulihkan parti dan meletakkan MCA bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan persetujuan bagi pelan perpaduan parti, kata Ong dalam laman webnya semalam.

Semalam, beberapa anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang diketuai Timbalan Presiden parti yang baru dipilih Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mereka tidak dirundingi mengenai pelan yang diumumkan minggu lepas.

"Saya kebingungan mengapakah saya perlu mendapatkan izin CC apabila saya cuba mengembalikan perpaduan dalam parti. Adakah mereka berharap untuk melihat parti ini diseret ke dalam kancah pertelingkahan berterusan, untuk mereka mencapai kepentingan diri?" kata Ong.

"Adakah mereka faham akan kepentingan pelan perpaduan dapat dijayakan bagi membolehkan MCA terus memulihkan dan melakukan pembaharuan ekoran prestasi merudum pada pilihan raya umum lepas? Adakah mereka tidak bersedia untuk mengenepikan kepentingan diri demi MCA dan negara," kata beliau.

Ong berkata beliau turut ditanya mengenai janjinya yang dibuat sebelum mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt dan telah banyak kali menjelaskan tentang isu itu.

"Adalah tidak bijak untuk saya mendedahkan perkara tertentu yang akan memalukan beberapa pemimpin parti," katanya.

Ong ketika itu berkata beliau akan meletakkan jawatan jika anggota perwakilan meluluskan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, dan beliau tewas dengan jumlah undi yang kecil.

Ong berkata beliau menyedari bahawa beliau dan bekas timbalan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu bekerjasama dan menyatupadukan parti berikutan kenyataan seorang perwakilan wanita.

"Seseorang menyatakan bahawa saya menguasai hampir 50 peratus perwakilan manakala Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempunyai sokongan kira-kira 47 peratus. Kenyataan beliau menyebabkan saya sedar bahawa saya dan Dr Chua perlu bekerjasama dan menyatupadukan parti, dan secara kolektif kami menguasai hampir 100 peratus perhimpunan agung.

"Mengapakah perlu seseorang bertanyakan tentang pelan perpaduan lebih unggul," katanya.

Beliau mengulangi bahawa MCA mempunyai banyak urusan yang belum diselesaikan dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) merupakan satu daripadanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan