Kerajaan akan wujudkan Pusat Kecemerlangan Inovasi - Najib

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan Pusat Inovasi Negara dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi sebagai salah satu langkah merancakkan aktiviti inovasi dan pengkomersilan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kewujudan keduadua pusat ini akan menentukan bahawa langkahlangkah ke arah inovasi akan dapat diperkasakan lagi di mana kita akan menentukan bahawa inovasi akan lebih terselaras dan juga inovasi juga akan kita percepatkan untuk membawa kepada penghasilan yang boleh dikomersilkan," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat keempat Majlis Inovasi Negara di sini hari ini.

Dalam menjadikan inovasi sebagai sebahagian daripada agenda utama negara, Najib berkata ianya amat penting supaya pendekatan terhadap inovasi dapat meresap ke dalam segenap lapisan masyarakat.

"Inovasi yang kita hasratkan untuk dilaksanakan ialah inovasi yang bersifat inovasi menyeluruh.

"Dalam erti kata lain, inovasi yang tidak terhad kepada bidang sains dan teknologi sahaja tetapi melibatkan inovasi secara menyeluruh," katanya.

Seperti contoh, inovasi dalam tadbir urus, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar, inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan.

Beliau turut mengumumkan Hari Kualiti Negara yang dilaksanakan di peringkat kementerian dalam sektor awam akan diganti dengan Hari Inovasi mulai tahun hadapan.

Najib berkata mana-mana kementerian atau agensi kerajaan yang dapat memperkenalkan penyelesaian yang berbentuk kreatif dan inovatif yang membawa kepada peningkatan dari segi kecekapan tadbir urus dan peningkatan sistem penyampaian kepada rakyat akan diberi ganjaran dan hadiah yang sesuai oleh kerajaan.

Selain itu, beliau berkata ada cadangan supaya diwujudkan satu pusat inovasi ikon nasional yang sama taraf dengan kawasan koridor raya multimedia (MSC).

"Sama ada cadangan ini boleh dan sesuai dilaksanakan dari segi daya majunya, akan dikaji oleh kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi," kata Najib.

Berkenaan dengan modal insan, kementeriankementerian berkenaan diminta mengambil tindakan susulan untuk menerapkan dan membudayakan inovasi melalui sistem pendidikan negara.

Mesyuarat itu juga turut memutuskan pembangunan nanoteknologi akan diberikan keutamaan dan dijadikan sebagai salah satu sumber baru dalam model ekonomi baharu negara, kata Najib.

"Nanoteknologi ini merupakan satu bidang teknologi yang boleh dikatakan di ke hadapan dalam pembangunan teknologi pada masa ini dan akan datang.

"Justeru, itu amat penting bagi Malaysia untuk tidak ketinggalan dalam bidang nanoteknologi dan kita ambil keputusan supaya nanoteknologi ini diberi keutamaan," katanya.

Majlis Inovasi Negara terdiri daripada 18 wakil kerajaan, lima wakil persatuan industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dua orang wakil sektor akademik, dua wakil pertubuhan profesional dan lima tokoh industri tempatan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan