Beri MCA masa untuk cari jalan penyelesaian - Najib

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa sahaja penyelesaian kepada krisis MCA ia mesti menjadikan parti itu lebih kuat bagi mendapatkan semula keyakinan masyarakat kaum Cina dan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata beliau telah bertemu para pemimpin MCA dan mahu mereka menyelesaikan masalah yang melanda parti itu.

"Beri sedikit masa, kami akan mendapat penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Inovasi Negara di sini hari ini.

Najib mengulas "pelan perpaduan hebat" Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendapat kritikan hebat anggota jawatankuasa pusat MCA berikutan sesetengah daripada mereka mendakwa tidak dirunding mengenai maklumat terperinci pelan itu.

Ketika ditanya mengenai ketidakjujuran dalam pelan hebat itu, Perdana Menteri berkata beliau telah menasihatkan para pemimpin MCA bahawa mereka mesti komited bagi menjadikan parti itu lebih bersatu dan kukuh.

"Nasihat saya kepada mereka ialah apa sahaja penyelesaiannya, ia perlu menjadikan MCA lebih kuat. "Beri masa...saya tidak mahu berdebat mengenai apakah tindakan yang sepatutnya diambil, secara umum lagi," katanya.

Ditanya mengenai tindakan dua pemimpin di Sabah meletakkan jawatan masingmasing dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Najib berkata keadaan itu menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

"Maknanya terdapat ketidakyakinan yang serius yang membawa kepada peletakan jawatan mereka. Kenapa hilang keyakinan? Saya pasti orang ramai boleh membuat kesimpulan mereka," katanya.

Pergolakan dalam PKR semakin meruncing di Sabah apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden parti itu manakala bekas Timbalan Ketua PKR Sabah, Christina Liew melepaskan jawatannya sebagai ahli majlis tertinggi parti itu.

Mengenai kenyataan Tan Sri Abdul Khalid bahawa beliau akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi PKR bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham perlu meletakkan jawatan kerana tidak tidak menunjukkan prestasi yang baik, Najib berkata Menteri Besar Selangor itu tidak boleh mengarahkan Badrul Hisham berbuat demikian.

"ADUN itu boleh membuat keputusannya sendiri. Beliau mungkin tidak mahu meletakkan jawatan," katanya.

Semasa ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia untuk pilihan raya kecil, Perdana Menteri berkata: "Kita akan lihat dulu. Lebih baik jangan bercakap mengenainya, biar dia (Badrul Hisham) sebagai wakil yang dipilih, sam ada beliau perlu meletak jawatan atau tidak..semuanya pilihan beliau."

Awal bulan ini, kehadiran Badrul Hisham di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif menimbulkan persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan