ADUN Pelabuhan Klang isytihar keluar PKR

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Turut serta isterinya, Ramizah Mazlan dalam satu sidang media di sebuah hotel pada petang Khamis.Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHNANI.
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Turut serta isterinya, Ramizah Mazlan dalam satu sidang media di sebuah hotel pada petang Khamis.Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHNANI.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata keputusannya keluar dari PKR itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

"Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

"Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang kerana beliau dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata tindakan keluar PKR dan menjadi Adun bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping dapat mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata setakat ini beliau belum memikirkannya.

"Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang. "Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang," katanya. Badrul Hisham berkata keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolaholah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai Adun kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

"Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

"Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR," katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan