Terserah kepada masyarakat Islam nilai PAS - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai sikap pemimpin PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno demi perpaduan ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan umat Islam, bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang itu ke arah tersebut.

"Kita sudah nyatakan kesediaan, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun sudah nyatakan kesediaan tetapi kalau mereka (PAS) kata tidak mahu, okay. Setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat baik dan niat yang ikhlas.

"Itu terserah kepada mereka (PAs)...tidak menjadi masalah. Kita nak beritahu masyarakat Malaysia dan Islam, Umno parti yang mendukung prinsip perpaduan ummah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam , bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno tidak lagi wujud dalam kamus parti itu.

Abdul Hadi juga berkata beliau tidak tahu mengenai kesediaan pemimpin Umno sekarang kerana cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Muhyiddin berkata kenyataan Presiden PAS itu hanya alasan semata-mata.

"Selepas Pak Lah, Perdana Menteri dan saya telah nyatakan kesediaan yang sama. Sebenarnya mereka ada masalah dalaman dan perbezaan pendapat antara Abdul Hadi dan (Mursyidul Am PAs) Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat), jadi Umno sebagai kambing hitam dalam masalah mereka," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan yang meletakkan semua jawatannya dalam parti itu, Muhyiddin berkata keadaan itu menyerlahkan lagi kepincangan yang berlaku dalam parti berkenaan.

"Saya sudah jangka lebih awal. PKR tidak boleh survive kerana parti itu memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan bukan ideologi sejagat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan