Permohonan untuk mengeluarkan semula mayat Teoh perlu dibenarkan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata permohonan bagi mengeluarkan semula mayat Teoh Beng Hock untuk dibedah siasat bagi kali kedua perlu dibenarkan demi kepentingan untuk mencari kebenaran.

"Jika ia memerlukan perkara seperti itu dan jika ada rasional di sebaliknya dan ianya dibenarkan undang-undang, saya lihat tiada sebab kenapa ia tidak boleh dibenarkan, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, keluarga Teoh memfailkan permohonan di Mahkamah Majistret Shah untuk mendapat kebenaran bagi mengeluarkan semula mayatnya untuk dibedah siasat oleh pakar forencik Thailand Dr Porntip Rojanasunand.

Dr Ponrtip, yang dipanggil kerajaan negeri Selangor, merumuskan bahawa berdasarkan gambar bahawa Teoh tidak meninggal dunia kerana bunuh diri, sebaliknya mati dibunuh. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan