Pemuda Umno nafi halang Adun PR hadiri sidang DUN Perak - Berita Semasa | mStar

Pemuda Umno nafi halang Adun PR hadiri sidang DUN Perak

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak semalam menafikan khabar angin akan bertindak ganas bagi menghalang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan hari ini. Ketuanya Maslin Sham Razman menegaskan perbuatan tidak bertamadun itu bukanlah budaya yang diamalkan Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Kami menghormati undangundang dan sistem demokrasi yang menjadi tulang belakang negara ini. Saya yakin dan percaya cerita yang tersebar ini dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab bertujuan memburukburukkan imej BN," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Maslin berkata berita itu juga disebarkan bertujuan menakutnakutkan rakyat dan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan sidang DUN hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Datuk Nadzri Ismail menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Beliau mendakwa banyak pihak yang melaporkan kepadanya mengenai kumpulan tidak bertanggungjawab akan menyamar sebagai anggota Pergerakan Pemuda Umno bagi menghalang Adun pakatan pembangkang daripada menghadiri sidang DUN.

"Ini akan membuktikan tuduhan liar yang Umno dan BN akan menggunakan kekerasan bagi menghalang mereka daripada menghadiri sidang berkenaan. Saya ingin menegaskan kegiatan tidak bertamadun dan biadab ini bukan tradisi Umno," katanya. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan