Letak jawatan Naib Presiden PKR, Dr Jeffrey mungkin sertai PBS

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBs) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan. "Pada masa ini, saya terbuka kepada beberapa opsyen. Saya akan buat keputusan bila tiba masanya," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Jeffrey ditanya sama ada beliau akan menyertai semula PBS, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Beliau berkata beliau akan berunding dengan ketua-ketua bahagian PKR yang lain, penyokongnya dan pemimpin akar umbi sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya tidak terburuburu untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan seterusnya yang akan kami ambil," katanya.

Dr Jeffrey juga meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi dan biro politik parti itu.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengadakan pakatan dengan bekas timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang turut meletakkan jawatannya sebagai anggota majlis tertinggi, bagi meneruskan karier politik mereka, beliau berkata: "Ya, kami akan bekerjasama".

Peletakan jawatan Dr Jeffrey dilihat sebagai tamparan hebat terhadap usaha PKR untuk memperkukuh kedudukannya di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat PKR pada hari ini bagaimanapun kekal menjadi anggota biasa PKR, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketuaketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Peletakan jawatan Liew sebagai anggota majlis tertinggi juga dilihat sebagai satu lagi kendalaan buat PKR.

Liew, Ketua Bahagian Kota Kinabalu mengumumkan peletakan jawatan itu mengikuti jejak langkah Dr Jeffrey.

Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua PKR yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa menghadapi cemuhan orang ramai kerana tempat saya (selaku timbalan pengerusi) diambil alih atas sebab yang tidak diketahui. Saya bekerja keras selama sembilan tahun untuk membina PKR Sabah.

"Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur secara bermaruah sekarang," katanya.

Setiausaha agung PBS Datuk Radin Malleh berkata parti itu tidak mahu membuat spekulasi mengenai Dr Jeffrey menyertai semula parti itu.

"Bila tiba masanya kita akan seberangi jambatan. Buat masa ini kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pengelola parti itu.

Setiausaha Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berkata Dr Jeffrey dialualukan menyertai parti itu.

"Memang, kita alu-alukan beliau (Jeffrey) kembali ke dalam BN...(kerana) beliau tidak bersendirian, beliau juga mempunyai penyokong," katanya kepada pemberita bila ditanya sama Umno sedia menerima Dr Jeffrey jika beliau memutuskan untuk menyertai parti itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan