Keadaan terkawal di sekitar bangunan Perak

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keadaan di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan tenang dan terkawal dengan hanya kira-kira 300 penyokong pembangkang yang mengiringi 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat untuk menghadiri sidang dewan hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata keadaan keseluruhannya adalah terkawal dan tiada perhimpunan haram dilakukan oleh mana-mana pihak.

Katanya, lebih 200 anggota anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan bangunan tersebut dan semua arahan yang dikeluarkan polis sebelum ini dipatuhi semua pihak.

Sejak 8 pagi tadi, kawasan sekitar bangunan berkenaan terutama di Medan Istana yang menempatkan Pejabat DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenuhi anggota keselamatan, media dan sebilangan kecil penyokong.

"Saya berharap tiada sebarang perhimpunan atau kekecohan berlaku sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dijalankan," katanya kepada pemberita.

Azisman berkata helikopter PDRM yang berlegar di ruang udara sekitar bangunan berkenaan adalah untuk memantau laluan trafik lancar.

Polis mengadakan sekatan jalan di laluan utama ke bangunan berkenaan sejak awal pagi.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Pakatan Rakyat berkumpul di pejabat DAP sebelum berarak ke bangunan Perak Darul Ridzuan pada kira-kira 9.50 pagi.

Kira-kira 300 penyokong mengiringi mereka hingga ke kawasan pintu pagar.

Petugas media yang membuat liputan sidang terpaksa melalui pemeriksaan ketat sebelum dibenarkan masuk. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan