Ibrahim Ali timbulkan cerita katak dan lalat mata biru

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat, sindiransindiran tajam anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali sering mencuit hati ramai anggota Parlimen hingga mereka tidak kering gusi.

Hari ini beliau membawa cerita katak dan lalat bermata biru.

Cerita ini dibawa Ibrahim untuk menyindir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang beberapa kali mengaitkan beliau dengan 'katak' kerana sering melompat parti, dan yang terbaru semalam ketika membahaskan satu rang undang-undang.

"Saya hendak sebut bab katak ini...katak lompat, katak di bawah tempurung kononnya otak tidak berkembang, beku, kata ahli Parlimen Permatang Pauh. Katak lompat, katak ini banyak jenis.

"Yang saya heran dulu ada katak puru, dia berbulu. Katak puru bulu pun dah hilang sekarang ini. Tetapi katak bawah tempurung dia lompat dari bendang ke bendang, dia tak lompat sampai Amerika, tidak jauh lompatannya dekat saja," kata Ibrahim ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010.

Seterusnya secara kiasan beliau menyifatkan bahawa katak puru atau katak lompat tidak membawa penyakit, sebaliknya yang sering membawa penyakit ialah lalat hijau. "Lalat hijau nampak cantik, mata biru. Cantik dan ada bunyi bila berjalan tapi bila hinggap di mana-mana dia bawa penyakit sama ada denggi, taun dan sebagainya.

"Sebab dia bawa penyakit, jadi jangan jadi lalat hijau...tetapi memang sekarang ini kita ada masalah dengan lalat hijau. Tetapi katak lompat boleh makan lalat hijau," katanya sinis.

Terdahulu Ibrahim yang tidak membenarkan sebarang pencelahan di dalam perbahasannya mengemukakan 32 butir perbahasan pelbagai isu antaranya isu pembantu rumah, pekerja kontrak, subsidi padi dan isu-isu mengenai Kelantan.

Persidangan dewan bersambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan