Hubungan Malaysia-Indonesia melangkaui isu budaya - Najib - Berita Semasa | mStar

Hubungan Malaysia-Indonesia melangkaui isu budaya - Najib

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan akrab yang tidak sepatutnya dicemari oleh isu-isu kurang penting yang boleh menjejaskan hubungan dua hala, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan yang lebih penting di rantau ini, khasnya dalam bidang ekonomi, perubahan iklim, malapetaka dan keselamatan serantau.

"Malaysia dan Indonesia harus meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam memainkan peranan yang jauh lebih besar di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia sempena lawatan beliau ke Republik itu untuk majlis pemasyhuran dan angkat sumpah jawatan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta minggu lepas.

Wawancara itu disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia Selasa malam.

Perdana Menteri turut ditanya pelbagai isu yang membabitkan hubungan dua hala kedua-dua negara termasuk keganasan, pekerja Indonesia di Malaysia serta isu konflik sempadan.

Mengenai tenaga kerja Indonesia di Malaysia, Najib berkata Malaysia sentiasa menghargai sumbangan pekerja dari negara jiran ini yang telah banyak membantu membangunkan ekonomi negara.

Ditanya mengenai isu Ambalat yang masih menjadi pertikaian, Najib berkata isu tersebut perlu diselesaikan secara baik melalui diplomasi oleh kedua-dua negara. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan