Harga minimum rokok dikuatkuasa Januari 2010

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok terutamanya remaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan.

"Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu.

Selain itu ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dikuat kuasakan pada Januari tahun depan.

"Kementerian telah menghantar cadangan melaksanakan peraturan harga minimum tersebut kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk pertimbangan dan pihak AG telah bersetuju untuk mewartakan cadangan tersebut dengan penguatkuasaannya akan bermula awal Januari tahun depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak.

Liow berkata dengan jumlah tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, adalah cukup penting untuk harga minimum ini dikuatkuasakan.

Beliau berkata dengan penguatkuasaan ini, kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah perokok selain mengawal kemasukan rokok-rokok seludup yang dipercayai mempunyai kadar toksid yang lebih tinggi daripada rokok yang dibenarkan.

"Umum telah tahu kesan daripada merokok, di mana asap rokok itu sendiri mempunyai lebih daripada 4,000 bahan toksik yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit paruparu dan jantung.

"Jadi usaha kerajaan ke arah pengawalan tabiat merokok adalah dengan memastikan rokok susah untuk didapati di pasaran,"katanya.

Liow berkata, walaupun kerajaan sedar kesan daripada merokok, tetapi kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyekat atau menghapuskan terus penjualan rokok di negara ini.

"Dengan jumlah tiga juta perokok yang ada, adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan terus penjualan rokok...kita perlu fikirkan kaedah lain. Jadi kaedah terbaik yang dirasakan sesuai ialah mengawal kemasukan rokok dengan menguatkuasakan harga minimum," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap melakukan inisiatif lain untuk mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan menawarkan pelbagai cara antaranya menyediakan klinik berhenti merokok serta membuat iklan besar-besaran sepertimana iklan dimuatkan di kotak-kotak rokok. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan