Dakwaan Sivakumar dicekik polis akan disiasat - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan pembangkang bahawa wakil rakyat V.Sivakumar diserang dan dicekik polis dalam insiden kekecohan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi akan disiasat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata kekecohan itu bermula apabila polis meminta bekas Speaker DUN Perak itu menanggalkan jubah speaker yang dipakainya, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

"Polis minta dia jangan terus pakai jubah berkenaan kerana ia menyalahi undangundang. Kita kena teliti (tuduhan ini). Ada rakaman, kita boleh periksa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata tuduhan tersebut mungkin adalah tuduhan liar sematamatanya, kerana beliau difahamkan bahawa Sivakumar masuk semula ke dalam dewan selepas kejadian tersebut.

"Kalau betul dia dicekik oleh polis, kalau teruk sangat apa yang didakwa (oleh Sivakumar) tak mungkin dia boleh terus hadir dalam dewan," katanya.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata proses persidangan berjalan lancar dan selain daripada insiden itu, tiada perkara berat atau serius yang perlu ditangani.

"Saya tengok ada perkembangan yang lebih baik dari dulu, walaupun ada usaha untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan, tetapi tidaklah seperti dulu, di mana ia berlarutan sehingga ke tepi jalan," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pendapat bahawa perbuatan Sivakumar memakai jubah speaker dan mengadakan sidangnya sendiri semasa rehat menghina Sultan Perak dan undangundang negeri itu.

"Saya percaya orang ramai boleh menilai sendiri terhadap tindaktanduk dan caranya membawa diri, sama ada wajar seorang wakil rakyat atau mereka yag diberi amanah bertindak sebegitu rupa," katanya.

Hishammuddin juga berkata pihaknya akan memantau dahulu perkembangan di DUN Perak sebelum mengambil keputusan sama ada perlu menempatkan lebih ramai anggota polis di situ atau tidak.

"Saya tidak mahu kehadiran terlalu ramai polis di sana yang boleh memberi kesan kepada orang yang tidak peduli dengan persidangan itu, mereka mungkin terlalu bimbang dengan keadaan itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan