838 pesakit baru ILI, jumlah kematian kekal 77 orang

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian dicatatkan akibat Influenza A(H1N1) sepanjang minggu lepas menjadikan jumlah kematian akibat virus tersebut kekal 77 orang.

Bagaimanapun dalam tempoh seminggu seramai 838 pesakit baru dengan gejala serupa Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk dirawat manakala 884 kes didiscaj.

Setakat 24 Oktober, jumlah semasa kes ILI yang masih mendapatkan rawatan di seluruh negara adalah 465 kes di 66 buah hospital di seluruh negara termasuk empat di hospital swasta.

"Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 15 pesakit atau 3 peratus merupakan kes influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama enam pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala empat pesakit didiscaj dari ICU.

"Dalam tempoh yang sama terdapat tujuh kes masih dirawat di ICU dan empat daripadanya mempunyai faktor risiko iaitu kanakkanak bawah lima tahun (3) dan morbid obesiti (1)," katanya.

Dalam pada itu katanya terdapat empat kejadian kluster ILI dilaporkan dalam tempoh seminggu yang lepas berlaku iaitu di Kampung Cherok, Pos Belatim, Gua Musang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Lembing, Pahang, Kolej Inforana, Marang Terengganu dan Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakob, Jasin, Melaka.

Bagaimanapun katanya menerusi ujian makmal hanya satu daripada empat kes tersebut adalah positif virus Influenza (H1N1) manakala tiga kes lain bukan diakibatkan oleh virus berkenaan.

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata negara di Hemisfera Utara seperti Amerika Utara, Kanada, Eropah Barat dan Asia Timur masih aktif dan menunjukkan trend peningkatan.

Katanya penularan virus itu di negara tropika masih kekal dengan kadar jangkitan yang berbezabeza mengikut negara, manakala penularan influenza A(H1N1) di Hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand dan negara di Asia Selatan menunjukkan penurunan kes yang ketara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan